CARA MENGHANTAR LAMAN WEB KE ENGIN CARIAN
Jan 17

CARA MENGHANTAR LAMAN WEB KE ENGIN CARIAN

Laman web dipaparkan pada engin carian adalah sangat penting bagi membolehkan laman web anda dijumpai oleh orang ramai. Pada artikel ini, saya akan kongsikan cara untuk menghantar laman web anda ke engin carian

PERLU KAH HANTAR LAMAN WEB KE ENGIN CARIAN?

Jawapan untuk soalan ini adalah mungkin Ya dan mungkin TIDAK. Bagi laman web yang baru sahaja ditubuhkan, penghantaran ke engin carian amatlah digalakkan. Ini bertujuan untuk mempercepatkan process laman web anda di index pada engin carian. 

Bagi laman web yang sudah lama bertapak, laman web mungkin tidak perlu dihantar kerana engin carian telah crawl laman web anda. Kenapa saya kata mungkin? mungkin sudah crawl mungkin juga tidak. 

Untuk menyemak laman web anda telah di index atau belum caranya adalah dengan menaip site:domain.com pada engin carian. Gantikan domain.com dengan nama domain anda.

site

 

Ok disini, saya akan kongsikan cara untuk menghantar laman web anda ke engin carian:

1) Cara menghantar laman web ke Google

2) Cara menghantar laman web ke Yahoo dan Bing

3) Cara menghantar laman web ke Yandex

 

Cara menghantar laman web ke Google 

Cara menghantar laman web ke google adalah melalui Google Search Console https://search.google.com/search-console/about

Klik pada Start Now dan anda akan dibawa ke login page.  Anda boleh register dengan mana-mana sahaja akaun gmail anda kerana ianya PERCUMA sahaja.

Follow step pada laman web ini dan anda akan selesai

 

Cara menghantar laman web ke Yahoo dan Bing

Cara menghantar laman web ke Yahoo dan Bing adalah melalui Bing Webmaster Tools https://www.bing.com/webmasters

Follow sahaja arahan pada page itu dan anda selesai

 

Cara menghantar laman web ke Yandex

Cara menghantar laman web ke Yandex adalah melalui Yandex tools http://webmaster.yandex.com/addurl.xml

 

Mudah bukan? kalau anda hadapi masalah, boleh tinggalkan komen pada artikel ini dan saya akan cuba bantu anda sehingga berjaya. Selamat mencuba!

Read 2136 times

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.