Tujuan pembiayaan mikro ini dibuat adalah untuk:
- Menyediakan modal untuk PKS.
- Membuka peluang kepada PKS yang tidak mempunyai akses ke sumber kewangan tradisional seperti bank.
Tentu ramai diantara peniaga yang ingin membesarkan perniagaan mereka, dengan bantuan ini anda boleh.
Bagi membantu ramai peniaga yang tidak mengetahui tentang hal ini, HostSinimo akan berkongsi dengan anda beberapa institusi yang di listkan oleh MDEC pada artikel ini.
1) ASPIRASI
Aspirasi menawarkan pembiayaan mikro yang didatangkan khas oleh Axiata Digital, yang merupakan servis digital oleh Axiata Group.
2) MICROLEAP
microLEAP adalah platform pembiayaan mikro P2P Islamik dan Konvensional (Peer-to-Peer) berlesen yang dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).
https://www.microleapasia.com/
3) AS-SIDQ
As-Sidq adalah platform sehenti untuk mencari, mendapatkan padanan dan membuat permohonan untuk produk-produk kewangan patuh Syariah yang di keluarkan oleh institusi kewangan seperti bank, koperasi, dan syarikat pemberi pinjaman wang berlesen (PPW) yang diiktiraf oleh Bank Negara Malaysia (BNM), Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) atau Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan (KPKT).
4) FUNDING SOCIETIES
Platform pembiayaan peer-to-peer terbesar di Asia Tenggara. Funding Societies menghubungkan PKS dengan pelabur melalui pasaran dalam talian untuk meningkatkan akses pembiayaan untuk PKS.
https://fundingsocieties.com.my/
5) FUNDAZTIC
Fundaztic dimiliki sepenuhnya dan diuruskan oleh Peoplender Sdn Bhd yang merupakan Pengendali Pasaran yang Diiktiraf yang didaftarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia untuk mengendalikan platform pembiayaan peer-to-peer.