Apakah Yang Dimaksudkan Web Hosting?
Apr 23

Apakah Yang Dimaksudkan Web Hosting?

Artikel ini bertujuan untuk menerangkan apa itu web hosting. jenis web hosting dan apa fungsi web hosting

 

Anda tengah mencari web hosting tetapi blur kenapa terlalu banyak pakej yang ada sampai tidak tahu untuk memilih. Disini HostSinimo menerangkan serba sedikit mengenai web hosting

Web hosting adalah tempat anda menyimpan data-data laman web anda atau erti kata lain server lah. Terdapat pelbagai jenis hosting antaranya ialah:

  1. Shared Hosting
  2. Virtual Private Server
  3. Dedicated Server

Shared Hosting

Shared hosting adalah produk yang paling laris dan paling banyak dipilih kerana kebanyakan laman web tidak menggunakan resource yang tinggi pun. Seperti mana namanya shared iaitu kongsi. Satu server resource dikongsi dengan semua pemilik shared hosting yang lain. Kebanyakan syarikat hosting yang menyediakan hosting murah kebanyakan melakukan overselling dimana ia telah menjual melebihi kemampuan server.

shared hosting

 

Virtual Private Server (VPS)

Virtual Private Server adalah Dedicated Server Yang Telah Dibahagiakan kepada beberapa partition dengan resource tersendiri dan mempunyai root akses. Tidak seperti shared hosting, VPS mempunyai resource yang tersendiri yang tidak dikongsi dengan user2 lain.

Sesuai digunakan untuk syarikat yang berskala sederhana besar

vps

 Dedicated Server (DS)

Dedicated server adalah satu server. Kelajuan yang sangat tinggi dan tidak dikongsi dengan sesiapa pun. Sangat sesuai untuk laman web berskala besar seperti Shopee, Lazada dan lain2.

Thalhah

Adakah artikel ini membantu anda? Sekiranya Ya mohon untuk tinggalkan komen kepada saya. Terima Kasih :)

Website: hostsinimo.com