TIADA LAGI SYARAT UNTUK PENGELUARAN WANG KWSP I-SINAR
Feb 13

TIADA LAGI SYARAT UNTUK PENGELUARAN WANG KWSP I-SINAR

Berita baik untuk semua rakyat Malaysia yang memerlukan dana untuk survive di masa sukar musim covid-19 ini. Syarat KWSP bagi pengeluaran i-Sinar kini dimansuhkan bagi memudahkan urusan pengeluaran wang anda sendiri

Perkara ini disahkan sendiri oleh Kementerian Kewangan bahawa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sedang dalam proses memansuhkan syarat kemudahan pengeluaran i-Sinar. Pemansuhan itu dilakukan selepas menerima nasihat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berdasarkan maklum balas pihak awam katanya Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Sumber berita ini dikeluarkan oleh Astro Awani bertarikh 11 Februari 2021 melalui link berikut: https://www.astroawani.com/berita-bisnes/sah-tiada-lagi-syarat-buat-pengeluaran-isinar-282519

  1. Bagi ahli yang mempunyai simpanan sebanyak RM100,000 dan ke bawah, mereka boleh membuat pengeluaran sehingga RM10,000. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam (6) bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM5,000.
  2. Bagi ahli yang mempunyai lebih dari RM100,000, mereka boleh membuat pengeluaran sehingga 10 peratus daripada simpanan Akaun 1 mereka. Walau bagaimanapun, jumlah pengeluaran maksimum yang dibenarkan adalah sebanyak RM60,000. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam (6) bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM10,000.

Pengumuman rasmi berkaitan hal ini akan diumumkan oleh kerajaan pada isnin depan.

Diharapkan semua rakyat akan menggunakan wang ini dengan sebaik mungkin. Janganlah membazir dengan membeli barang yang tidak perlu. Gunakan untuk pelaburan atau mengembangkan perniagaan anda.

Sekiranya anda perlu melabur, boleh rujuk artikel ini https://hostsinimo.com/hostsinimo-blog/item/70-pelaburan-masa-depan-yang-boleh-dipercayai.html untuk membantu anda membuat pelaburan yang bijak dan sumber yang sah diakui oleh MDEC.

Sekiranya anda melabur didalam perniagaan, gunakanlah dana ini untuk membuat perniagaan anda secara atas talian.

Hubungi Kami untuk membantu anda onlinekan perniagaan anda secara atas talian.

 

Read 1642 times

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.