TIPS MEMILIH WEB HOSTING UNTUK LAMAN WEB ANDA
Feb 28

TIPS MEMILIH WEB HOSTING UNTUK LAMAN WEB ANDA

Terdapat beribu syarikat web hosting pada masa kini yang menawarkan bermacam macam pakej web hosting yang boleh dipilih. Untuk artikel kali ini, kami ingin berkongsikan tips bagaimana cara untuk memilih web hosting yang terbaik untuk laman web anda.
Laman web anda adalah perniagaan anda yang beroperasi 24jam tanpa henti. Laman web yang bagus perlulah disusuli dengan web hosting yang bagus.


Bagi membantu semua pembangun laman web atau anda yang baru sahaja ingin membina laman web perniagaan anda, artikel ini akan membantu anda beberapa tips untuk memilih web hosting yang sesuai dan berguna untuk anda

1) Web Hosting UpTime


Laman web perlulah beroperasi 24jam tanpa henti, oleh itu pemilihan web hosting yang boleh dipercayai adalaj penting. Web hosting yang boleh dipercayai adalah web hosting yang dapat memastikan laman web anda sentiasa online tanpa downtime yang lama.

Untuk memastikan laman web anda dapat dilayari sepanjang masa, anda perlulah mencari web hosting yang menjaminkan uptime melebihi 98%. Terdapat beribu web hosting yang ditawarkan dipasaran tetapi adakah mereka dapat menawarkan uptime yang tinggi untuk web hosting anda?

Kami di hostsinimo menjanjikan uptime web hosting anda sebanyak 99% uptime. Tiada web hosting yang dapat menawarkan uptime 100% kerana web hosting perlu mengambil sedikit masa untuk reboot apabila mengemaskini software yang baru pada web hosting.

Jadi pilihlah web hosting yang menawarkan uptime yang tinggi untuk anda.

 

2) Bantuan teknikal mudah didapati


Bantuan teknikal sangatlah penting bagi sesubuah web hosting. Pastikan web hosting yang anda langgan menawarkan bantuan teknikal yang mudah untuk anda dapati. Anda boleh cuba dengan hantar beberapa soalan di tiket dan lihat berapa lama masa diambil untuk reply.

Kami di HostSinimo sangat mementingkan pelanggan kami. Bantuan akan dijawab dengan kadar yang secepat mungkin. Bantuan Whatsapp dan Telegram juga diwujudkan disamping bantuan email dan tiket. Tidak perlu ragu jika mendapatkan web hosting dengan HostSinimo

 

3) Lokasi server berhampiran target user


Sekiranya target market anda Malaysia, dapatkan web hosting Malaysia atau yang berdekatan dengan Malaysia bagi mendapatkan traffic yang laju untuk layari laman web anda. Tiada pengguna yang sukakan laman web yang perlahan.

Hostsinimo menawarkan web hosting di beberapa negara yang mungkin membantu anda untuk meluaskan empayar perniagaan anda. Kami mempunyai web hosting di Malaysia,Singapore, Hongkong, US, UK, dan Turkey.

 

Diharapkan tips yang diberikan oleh kami akan membantu anda sedikit sebanyak dalam membantu memilih web hosting yang sesuai untuk anda. Anda boleh hubungi kami untuk bertanyakan soalan dan kami akan bantu anda sebaik mungkin walaupun anda bukan pelanggan kami.

Read 1105 times

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.