LINK BUILDING UNTUK NAIKKAN RANKING ENGIN CARIAN
Mar 12

LINK BUILDING UNTUK NAIKKAN RANKING ENGIN CARIAN

Bina website linkage merupakan salah satu faktor terbesar dalam menyumbang kepada ranking laman web anda pada engin carian seperti google, bing dan yahoo. Pelbagai cara dibuat oleh owner laman web untuk memastikan laman web mereka sentiasa berada di ranking teratas pada engin carian

Berada pada ranking teratas pada engin carian adalah impian oleh semua webmaster atau web owner. Untuk mendapatkan ranking teratas untuk sesebuah keyword bukanlah mudah. Terlalu banyak persaingan dan berjuta laman web wujud di atas talian ketika ini.

Hostsinimo kali ini ingin berkongsi beberapa fakta tentang tektik link building, apa yang perlu dibuat, dan apa yang elakkan untuk lakukan bagi mengelakkan pembaziran wang anda dan tidak mendapat sebarang hasil.

TEKTIK LINK BUILDING YANG ANDA PERLU ELAK

1) BELI GIG DI FIVERR

Fiverr merupakan laman web freelance yang paling popular di atas talian dengan pelbagai gigster dan pakej yang murah untuk dilanggan. 

Kami telah melanggan beratus gigs pada laman web ini dan terbukti ianya hanya waste of money

Mungkin suatu ketika dulu ianya menjadi tetapi bukan pada tahun 2021. Kebanyakan seo gigs yang ditawarkan melakukan spam yang agak tinggi pada laman web orang lain dan akhirnya menyebabkan laman web kita dimasukkan kedalam spam list atau spammer.

Perkara ini amatlah ditakuti kerana ia akan menyebabkan laman web kita tenggelam pada engin carian

 

2) BAYAR GUEST POST

Guest post berbayar adalah perkara yang agak bahaya untuk dilakukan kerana ia adalah melanggar peraturan Google Webmaster Guidelines

guidelines

Ini bermaksud tindakan membeli linkage boleh menyebabkan laman web anda kene penalti.

Sehubungan dengan itu, kami di HostSinimo ingin mengingatkan kepada semua webmaster atau web owner agar berhati hati dalam melakukan aktiviti ini kerana ia akan menyebabkan laman web anda hilang dari radar engin carian

 

3) SUBSCRIBE BACKLINK SERVICES

Mungkin ada backlink services yang melakukan manual backlink dari laman web yang sahih dan dipercayai, namun begitu ianya sangatlah sedikit dan terlalu banyak link spammer yang terhasil.

Kami telah mencuba beberapa backlink services dan kami dapati bahawa servis sebegini adalah servis toksik dimana mereka melakukan spam pada forum, komen dan laman web orang lain dengan link laman web kita. 

Ia secara tidak langsung telah menjatuhkan imej kompeni atau branding syarikat.

Ia juga telah melanggar Google Webmaster Guidelines sepertimana diatas.

 

TEKTIK LINK BUILDING YANG ANDA BOLEH BUAT

 

1) MEMBINA RANGKAIAN PERNIAGAAN DAN BLOGGER

Rajinkan diri dengan melawat laman web / blogger dengan meninggalkan komen yang baik terhadap mereka dan mengajak untuk melakukan pertukaran link secara sukarela yang sihat tanpa melakukan spam dimana mana. Buatlah secara manual, biar lambat asalkan selamat.

Dengan melakukan secara manual, anda dapat elakkan daripada melakukan spam dan meninggalkan imej yang buruk terhadap laman web anda

 

2) AGENSI SEO

Sekiranya anda tiada masa, bolehlah mencuba agensi seo yang dipercayai yang boleh membantu anda menaikkan ranking laman web anda pada engin carian.

Sila semak terlebih dahulu ranking agensi yang anda pilih terlebih dahulu.

Sekiranya laman web mereka sendiri pun tiada dalam engin carian, bagaimana mereka nak bantu anda naikkan ranking anda?

 

Kami akan berkongsi lebih terperinci berkaitan engin carian apabila hasil penyelidikan kami mendapat keputusan yang memberansangkan. Nantikan lebih posting daripada kami. 

 

Read 1107 times

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.