TOOLS PERCUMA YANG ANDA BOLEH GUNAKAN UNTUK SEMAK RANKING LAMAN WEB ANDA PADA ENGINE CARIAN
Mar 19

TOOLS PERCUMA YANG ANDA BOLEH GUNAKAN UNTUK SEMAK RANKING LAMAN WEB ANDA PADA ENGINE CARIAN

Untuk hadir pada engin carian adalah perkara yang sangat penting bagi pemilik laman web. Sekiranya laman web anda tidak berjaya dijumpai pada engin carian bermaksud perniagaan anda tidak akan berjaya secara atas talian.Terdapat pelbagai cara untuk memastikan laman web anda hadir pada engin carian. Perkara ini bukanlah mudah kerana anda bersaing dengan berjuta juta laman web lain yang telah hadir terlebih dahulu pada anda.

Pada artikel ini, kami akan berkongsi cara untuk anda semak dimana kedudukan laman web anda pada ketika ini. Melalui laporan ini maka dapatlah anda merancang strategi untuk meningkatkan lagi keterlihatan laman web anda pada engin pencarian.

Terdapat pelbagai tools yang hadir pada masa sekarang, kami di hostsinimo akan berkongsi beberapa tools yang kami rasa sangat berguna yang dapat membantu anda dalam mengetahui dimana anda berada pada ketika ini di engin carian secara PERCUMA.

Ya, kami berkongsi cara untuk anda semak secara PERCUMA terlebih dahulu. Jangan tergopoh gapah untuk terus melanggan pakej PREMIUM. Gunakan yang PERCUMA, dan upgrade sekiranya anda rasa ianya adalah yang terbaik untuk anda.

Berikut merupakan tools untuk menyemak SEO laman web anda

  1. Alexa.com
  2. Ubersuggest
  3. Whatsmyserp
  4. SEO SpyGlass
  5. HostSinimo SEO Checker

1) ALEXA.COM

alexa

Alexa adalah tools yang paling popular pada abad ini dan pelbagai pengendali laman web menggunakan alexa untuk menentukan ranking laman web mereka. Anda boleh mencuba trial selama 14 hari secara PERCUMA dan boleh batalkan pada bila-bila masa sahaja. Sila batalkan sebelum hari ke 14 bagi mengelakkan caj kepada anda sekiranya anda belum bersedia untuk subsribe tools ini. Secara jujur saya sangat sukakan tools dari Alexa ini kerana saya dapat melihat perbandingan laman web sendiri dengan laman web pesaing dan dapat mengatur strategi untuk mengalahkan pesaing atau mengejar ranking pesaing. Berikut merupakan review admin berkaitan alexa:

KELEBIHAN ALEXA

  • BOLEH ANALISA PESAING ANDA
  • BOLEH SEMAK RANKING KEYWORD ANDA DAN PESAING
  • BOLEH SEMAK BACKLINK ANDA DAN PESAING
  • AUDIT LAMAN WEB ANDA
  • TIDAK PERLU INSTALL SOFTWARE

KEKURANGAN ALEXA

  • HARGA YANG MAHAL $149 USD SEBULAN RM620 SEBULAN
  • TIDAK BOLEH LINK DENGAN GOOGLE ANALYTICS
  • TIDAK BOLEH LINK DENGAN GOOGLE SEARCH CONSOLE


Sekiranya anda rasa tools mereka berbaloi untuk anda langgan, silakan melanggan di https://www.alexa.com/ . Untuk peniaga kecil dan sederhana, anda disarankan untuk menggunakan 14 hari trial sahaja. Gunakan masa 14 hari itu sebaik yang mungkin untuk anda memperbaiki SEO pada laman web sendiri

 

2) UBBERSUGGEST

ubersuggest

Ubersuggest oleh Neil Patel ini juga sangat berguna untuk anda gunakan. Daftar 7 Hari PERCUMA trial di laman web mereka https://neilpatel.com/ubersuggest/ . Sekiranya anda berminat dengan tools yang disediakan oleh mereka, maka bolehlah anda melanggan tools mereka

KELEBIHAN UBERSUGGEST

  • BOLEH SEMAK RANKING KEYWORD ANDA
  • BOLEH AUDIT LAMAN WEB ANDA
  • HARGA LANGGANAN YANG MURAH SERTA MEMPUNYAI PAKEJ SEUMUR HIDUP
  • TIDAK PERLU INSTALL SOFTWARE
  • BOLEH LINK DENGAN GOOGLE ANALYTICS
  • BOLEH LINK DENGAN GOOGLE SEARCH CONSOLE

 

KEKURANGAN UBERSUGGEST

  • TOOLS SEDIKIT SAHAJA BERBANDING PESAING YANG LAIN

 

3) WHATSMYSERP

whatsmyserp

Dengan whatsmyserp anda dapat monitor keyword laman web anda secara PERCUMA untuk 10 keyword. Sekiranya anda berminat untuk lebih lagi bolehlah melanggan tools mereka. https://whatsmyserp.com/

KELEBIHAN WHATSMYSERP

  • PERCUMA UNTUK 10 KEYWORD
  • TIDAK PERLU INSTALL SOFTWARE

KEKURANGAN WHATSMYSERP

  • TOOLS YANG TERHAD

 

4) SEO SpyGlass 

seospyglass

SEO Spyglass adalah software yang anda perlu install pada komputer anda untuk menyemak ranking laman web. Terdapat 4 tools yang diberikan secara PERCUMA oleh mereka iaitu:

  1. SEO SpyGlass
  2. Rank Tracker
  3. Website Auditor
  4. Link Assistant

Ke empat-empat tools ini adalah sangat bagus untuk membantu anda dalam menyemak dimana anda berada dan pesaing. Software ini boleh di muat turun secara PERCUMA di https://www.link-assistant.com/seo-spyglass/ . Terdapat limitasi yang anda perlu tahu dan boleh disemak pada laman web mereka. 

 

KELEBIHAN SEO SPYGLASS

  • BOLEH INSTALL DI KOMPUTER SENDIRI
  • MUDAH DIGUNAKAN
  • TOOLS YANG BAGUS
  • HARGA TAHUNAN YANG MURAH BERBANDING PESAING LAIN

KEKURANGAN SEO SPYGLASS

  • PERLU INSTALL SOFTWARE
  • PERLU GUNA INTERNET SENDIRI UNTUK SEMAK

 

5) HOSTSINIMO SEO CHECKER

Tidak lupa juga bahawa kami turut menyediakan tools untuk menyemak SEO laman web anda, Tools yang kami sediakan hanyalah basic sahaja tidaklah dapat dibandingkan dengan tools-tools lain yang hebat, namun anda boleh gunakannya sebaik mungkin di https://seo.hostsinimo.com/

KELEBIHAN HOSTSINIMO SEO CHECKER

  • PERCUMA SEPANJANG HAYAT
  • PERCUMA BACKLINK KEPADA LAMAN WEB ANDA

 

Diharapkan perkongsian kali ini dapat membantu anda sedikit sebanyak dalam menaikkan ranking laman web anda. Sebenarnya banyak lagi tools-tools yang bagus cumanya kami belum sempat mencubanya lagi untuk memberikan review kepada anda. Insyallah list ini akan bertambah dari semasa ke semasa. Tinggalkan komen di ruangan bawah ya.

 

 

Read 1438 times

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.