SEO EXTENSION TERBAIK UNTUK WEB BROWSER CHROME
Mar 20

SEO EXTENSION TERBAIK UNTUK WEB BROWSER CHROME

Kali ini di HostSinimo kami akan berkongsi tiga Extension yang terbaik pada Google Chrome yang boleh anda gunakan untuk meningkatkan lagi Search Engine Optimazation (SEO) laman web anda. Seperti yang selalu kami tekankan, laman web yang menarik tidak menjanjikan jualan sekiranya laman web anda tidak dapat dijumpai pada engin carian, sehubungan dengan itu adalah sangat penting bagi anda untuk sentiasa menambah baik laman web anda kearah mesra SEO.

TIGA SEO EXTENSION YANG TERBAIK UNTUK CHROME

  1. Checkbot: SEO, Web Speed & Security Tester
  2. SEO Minion
  3. SEO META in 1 CLICK

 

1) Checkbot: SEO, Web Speed & Security Tester

Uji SEO / kelajuan / keselamatan 100 halaman laman web anda dalam satu klik! Periksa pautan yang rosak, HTML / -JavaScript / CSS, pengalihan URL(redirect), dan tajuk yang sama duplicate
Checkbot akan menguji laman web anda dan mengeluarkan laporan audit bagi meningkatkan SEO, kelajuan dan keselamatan laman web anda. Checkbot berfungsi sepertimana berikut:

  1. SEO TEST: Extension ini akan merangkak atau crawl laman web anda dan mengeluarkan laporan berkaitan pautan yang rosak, page yang tiada tajuk, tajuk duplicate, HTML/CSS tag yang salah dan sebagainya bagi memastikan laman web anda mesra SEO
  2. UJI KELAJUAN LAMAN WEB: Kelajuan laman web adalah sangat-sangat penting didalam ranking laman web. Tiada siapa yang sukakan laman web lambat loading walaupun google sendiri.
  3. UJI KESELAMATAN LAMAN WEB: Tools ini akan uji keselamatan laman web anda dan mengeluarkan laporan mengenainya. 

checkbot

 

 2) SEO Minion

 https://www.youtube.com/watch?v=V3OGUOSyrfQ

SEO Minion membantu anda dalam tugas SEO harian anda seperti analisis SEO On-Page, Broken Link Checking, SERP Preview dan banyak lagi
Alat SEO percuma ini membantu anda dengan tugas-tugas berikut -

  1. Menganalisis SEO - menganalisis laman web bagi membantu anda mengoptimumkan SEO On-Page serta memberi peringatan kepada anda mengenai sebarang masalah.
  2. Sorot Semua Pautan - lihat dengan cepat semua pautan (dalaman & luaran) untuk mana-mana laman web
  3. Periksa Pautan Rusak - periksa setiap pautan di laman web dan dapatkan laporan mengenai pautan yang mempunyai masalah
  4. Hreflang Checker - periksa kesahihan tag hreflang anda
  5. Pratonton SERP - pratonton laman web anda pada hasil carian Google sebenar dan kemas kini ini dalam masa nyata
  6. Simulator lokasi carian Google - melihat hasil carian google malalui dua gabungan lokasi / bahasa yang berbeza.
  7. Utiliti SERP - salin / muat turun URL & data dari SERP Google - senarai Organik, Iklan, Tempatan, Produk, Video, Gambar, Segar, Berita dan Soalan Lazim

 

3) SEO META in 1 CLICK

Memaparkan semua meta data dan maklumat SEO untuk mendapatkan SEO yang terbaik
SEO META in 1 CLICK adalah alat yang memaparkan semua meta tag / data dan maklumat seo utama dengan jelas. Dengan menggunakan alat ini, anda dapat mengurus dan meningkatkan SEO dan keterlihatan anda dengan lebih baik di Internet

seo click

Read 1027 times

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.