KENAPA ANDA PERLU PERBAHARUI NAMA DOMAIN SEBELUM TAMAT TEMPOH?
Mar 30

KENAPA ANDA PERLU PERBAHARUI NAMA DOMAIN SEBELUM TAMAT TEMPOH?

Tahukah anda, nama domain terutamanya .com adalah terlalu popular dan pilihan nama yang terbaik untuknya sudah semakin sedikit dan kebanyakannya telah diambil oleh orang lain. Sekiranya anda telah berjumpa dengan nama domain yang bagus dan telah memilikinya, adalah sangat rugi sekiranya anda tidak perbaharui nama domain tersebut sebelum tamat tempoh

 

TERDAPAT 3 FASA YANG PENTING APABILA NAMA DOMAIN TELAH TAMAT TEMPOH

  1. GRACE PERIOD
  2. REDEMPTION PERIOD
  3. OPEN FOR SALE


GRACE PERIOD

Grace Period adalah fasa dimana anda masih boleh perbaharui nama domain anda tetapi dengan harga yang agak mahal sehingga mencecah RM500++ keatas bergantung kepada domain provider anda. Domain anda akan masuk kedalah grace period secara automatic sekiranya anda tidak renew/perbaharui nama domain anda dalam masa 30hari dari tarikh tamat tempoh. Tarikh GRACE PERIOD adalah bergantung kepada domain registrar anda dan selalunya 30hari adalah tarikh maksimum.

REDEMPTION PERIOD

Redemption Period adalah fasa yang terakhir untuk anda perbaharui nama domain anda tetapi harga untuk mendapatkannya adalah tersangat mahal boleh mencecah ribuan ringgit untuk anda dapatkan kembali. Kebiasaannya domain anda akan masuk kedalam redemption period apabila anda tidak renew/perbaharui nama domain anda selepas 30hari didalam grace period.

OPEN FOR SALE

Selepas tamat Redemption Period, nama domain akan dibuka untuk dibeli oleh orang lain. Pada fasa ini ada 2 kemungkinan yang akan berlaku

1) NAMA DOMAIN AKAN DI DELETE

Sekiranya nama domain anda di delete/di padam, ia adalah berita bagus untuk anda kerana anda dapat membeli kembali dengan harga belian yang biasa sekiranya belum dibeli oleh orang lain

2) NAMA DOMAIN AKAN DIBUKA UNTUK BIDAAN

Kebanyakan nama domain yang telah masuk fasa ini akan dibuka untuk bidaan dimana harga bidaan yang paling tinggi akan memenangi nama domain tersebut. Harga bidaan untuk domain yang baru tamat tempoh biasanya bermula dalam USD2,000. Anda perlu membida diatas pada harga tersebut sekiranya anda berminat untuk membelinya

 

Maka dengan penerangan diatas maka begitulah sebab kenapa anda perlu renew/perbaharui nama domain anda sebelum ianya tamat tempoh. Berikut dinyatakan ringkasan kenapa anda perlu renew/perbaharui nama domain anda secepat mungkin

  1. Elakkan caj yang mahal apabila memasuki Grace Period
  2. Elakkan nama domain anda dijual kepada orang lain
  3. Anda Kehilangan nama domain anda selama-lamanya
  4. Mengelakkan anda kerugian laman web yang anda telah bina selama ini
  5. Untuk menjaga domain authority

Dan banyak lagi sebab kenapa anda perlu segera renew/perbaharui nama domain anda. Sekiranya anda berminat untuk dapatkan nama domain baharu, bolehlah klik disini.

Read 1391 times

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.