BINA LAMAN WEB SECARA PERCUMA MENGGUNAKAN GOOGLE SITES
Apr 05

BINA LAMAN WEB SECARA PERCUMA MENGGUNAKAN GOOGLE SITES

Tahukah anda bahawa anda boleh dapatkan laman web secara percuma dengan menggunakan google sites?  Google sites merupakan produk daripada google yang membolehkan anda membina laman web tanpa perlu tahu koding, hanya drag and drop sahaja. Disamping itu, ia juga dapat integrate dengan produk-produk google yang lain seperti google drive, google form, google sheets.

Apa yang menarik ialah design yang responsive, load laman web yang laju serta senang untuk digunakan. Terdapat pelbagai theme yang sedia untuk anda pilih sepertimana gambar dibawah

theme

 

Anda boleh menyaksikan laman web yang telah kami bina menggunakan google sites yang kami gelar sebagai hostsinimo g-site

Macam mana? berminat untuk dapatkan laman web seperti ini? tunggu apa lagi PERCUMA sahaja tidak perlu bayar apa pun. Cara mendaftar laman web percuma anda adalah:

  1. Pergi ke sites.google.com
  2. Log masuk menggunakan akaun gmail anda
  3. Pilih nama web
  4. Pilih tema yang anda suka
  5. Tambah kandungan dengan drag and drop sahaja
  6. Publish
  7. Promote kepada kawan-kawan dan keluarga

Mudah sahaja untuk menggunakan google sites ini. Kami telah mengajar google sites kepada lebih 100 orang yang tidak tahu apa-apa pada laman web dan mereka hanya ambil masa beberapa minit sahaja untuk mahir menggunakan google sites ini.

 

KELEBIHAN GOOGLE SITES

  1. PERCUMA. 
  2. Mudah untuk digunakan
  3. Laju
  4. Tidak memerlukan hosting
  5. Automatik gabung dengan google analytic dan google console

 

So tunggu apa lagi, dapatkan laman web percuma anda sekarang!

 

Read 2258 times

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.