PANTAU LAMAN WEB SECARA AUTOMATIK SAMADA ONLINE ATAU DOWN SECARA PERCUMA
Apr 05

PANTAU LAMAN WEB SECARA AUTOMATIK SAMADA ONLINE ATAU DOWN SECARA PERCUMA

Laman web anda adalah perniagaan anda, downtime akan merugikan perniagaan anda. Oleh itu, sentiasalah menyemak laman web anda samada ia online atau tidak. Maksud pantau oleh kami adalah pantau secara tools PERCUMA ini. 

 Pantau secara manual memerlukan banyak masa dan tenaga. Kenapa bersusah payah kalau ada tools percuma ini. Anda akan menerima notifikasi email sebaik sahaja laman web anda mengalami downtime. Oleh itu anda dapat segera bertindak bagi mengelakkan kerugian dalam perniagaan atas talian anda.

Berikut merupakan tools monitor web online/downtime secara berkala dan percuma yang anda boleh daftar

1) UptimeRobot

Uptime robot membolehkan anda monitor sehingga 50 laman web secara percuma. Ia akan memantau laman web anda secara 5 minit sekali dan melaporkan kepada anda sekiranya terdapat downtime pada laman web anda.

uptime robot

 

2) Hetrixtools

Hetrixtools menawarkan khidmat monitor laman web anda online/downtime secara percuma sehingga 15 laman web. Ia juga percuma malah turut menawarkan khirmat untuk menyemak samada server laman web anda masuk kedalam list blacklist.

hetrix tools

 

dan banyak lagi tools seperti ini yang mana anda boleh mencari di google dengan keyword "Website Uptime Monitoring"

 

kami hanya menyenaraikan dua tools yang kami rasakan sudah mencukupi untuk anda. Dua tools ini sangat bagus untuk monitor uptime laman web anda. Dengan tools ini dapatlah anda memantau adakah betul web hosting yang anda gunakan menjanjikan uptime sepertimana yang diiklankan.

Read 1816 times

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.