BINA WEB FORUM UNTUK KOMUNITI ANDA SECARA PERCUMA TANPA WEB HOSTING
Apr 04

BINA WEB FORUM UNTUK KOMUNITI ANDA SECARA PERCUMA TANPA WEB HOSTING

Forum adalah platform dimana ahli berkongsi maklumat, berkomunikasi, berdebat dan berkongsi idea terhadap ahli yang lain. Bagi perkongsian kali ini, hostsinimo akan berkongsi cara untuk anda dapatkan web forum anda secara PERCUMA tanpa perlu melanggan domain dan web hosting bagi mengurangkan komitmen yang anda perlu tanggung

APAKAH KELEBIHAN DAN KEKURANGAN FORUM PERCUMA?

KELEBIHAN FORUM PERCUMA

  1. Sudah tentulah PERCUMA. Anda tidak perlu melanggan web hosting atau domain untuk mempunyai web forum anda sendiri.
  2. Tidak perlu risau space dan bandwidth hosting. Segalanya telah diuruskan oleh mereka jadi anda tidak perlu risau kehabisan storage atau bandwidth

 

KEKURANGAN FORUM PERCUMA

  1. Tiada kebebasan untuk menambah koding atau plugin sendiri.
  2. Forum bukan sepenuhnya milik anda. Sekiranya ingin berpindah ke web hosting sendiri anda tidak dapat berbuat demikian dan perlu bermula baru
  3. Terdapat limitasi bergantung kepada syarikat yang menawarkan khidmat percuma ini. Biasalah benda percuma tentu ada limitasi.
  4. Ada iklan dan anda tidak menerima sebarang keuntungan dari iklan tersebut

Walaupun terdapat kekurangan dalam mendapatkan forum percuma janganlah jadikan halangan untuk anda mendapatkannya. Yelah dah nama percuma, apa yang anda akan rugi?

 

LAMAN WEB YANG MENAWARKAN FORUM PERCUMA.

1) FORUMOTION

Forumotion menawarkan forum percuma sepanjang hayat dan anda boleh dapatkannya secara PERCUMA. Kami telah mencuba khidmat dari forumotion dari 2010 lagi dan terdapat pelbagai penambah baikan telah dibuat oleh mereka. Dapatkan forum anda sekarang dengan mendaftar di laman web Forumotion.com

step1

Kami telah membina satu forum menggunakannya yang boleh anda layari di https://hostsinimo.forumotion.asia/ . Kami akan berkongsi cara menggunakan forum tersebut, tips dan trick ke dalam laman web ini dari semasa ke semasa. Oleh itu kami simpukan disini berkaitan forumotion adalah.

  • Easy to use: 5 star
  • Friendly user: 5 star
  • Trusted: 5 star
  • Function: 4 star (kami tidak suka mereka hadkan hanya 2 newsletter boleh dihantar selama sebulan)

 

2) PROBOARDS

Proboards menawarkan forum PERCUMA dan juga forum software untuk anda install sendiri pada server sendiri. 

freeforum step1

Kami juga telah mendaftar pada laman web mereka iaitu https://hostsinimo.freeforums.net/ . Secara jujur kami tidak menyukai domain yang digunakan oleh mereka kerana secara jelas ia menunjukkan domain freeforums. Nampak sangat tidak profesional.

 

dan banyak lagi sebenarnya syarikat yang menawarkan forum PERCUMA yang mana anda boleh google sebagai "FREE FORUM PROVIDER"


Sekiranya anda inginkan kebebasan yang lebih mutlak dan ingin hostkan forum dengan nama sendiri, anda bolehlah melanggan web hosting hostsinimo sekarang.

 

APA YANG ANDA BOLEH BUAT DENGAN FORUM?

Bina komuniti anda sekarang dengan forum percuma ini. Contoh:

  1. Komuniti Bikers
  2. Komuniti Atkins
  3. Komuniti Basikal
  4. Komuniti Catur
  5. Komuniti PubG
  6. Komuniti Gamers

dan banyak lagi bergantung kepada anda. Kami cadangkan anda fokus berbanding bina forum general kerana ia sedikit susah untuk menarik pengunjung untuk mendaftar kerana tidak banyak kelebihan berbanding forum yang sedia ada.

 

Read 2042 times

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.