LAMAN WEB UNTUK SEMAK KETERLIHATAN WEB ANDA PADA SOSIAL MEDIA
Apr 13

LAMAN WEB UNTUK SEMAK KETERLIHATAN WEB ANDA PADA SOSIAL MEDIA

Sosial media adalah medium paling popular dalam mendapatkan prospek bagi perniagaan anda. Mempunyai keterlihatan yang tinggi pada facebook, twitter, instagram, linkedin dan lain-lain media sosial adalah penting bagi laman web anda.

 Pada posting ini kami akan senaraikan 3 tools yang paling senang digunakan untuk mendapatkan jumlah social signal pada laman web anda.

1) SITECHECKER

Laman web ini kami rasa sangat berguna kerana ia memberitahu anda secara lebih perinci bahagian manakah yang menyumbang kepada social signal laman web anda. Adakah pada kongsi? atau pada like? atau pada komen. laman web hostsinimo masih baru ditubuhkan oleh itu social signal kami sedikit sahaja berbanding laman web webhosting yang lain. Tapi ia tidak akan menghalang kami untuk terus menerus mempromosikan laman web kami kepada semua. Untuk semak bolehlah ke https://sitechecker.pro/social-media-checker/

social media signal

 

2) Social Signals Checker

Socialsignalscheck.com merupakan tools yang sangat mudah. hanya salinkan url sahaja dan terus memaparkan berapa social signal yang anda ada. Kelemahan tools ini adalah ia hanya memaparkan rumusan sahaja tidak seperinci seperti tools diatas

social signalchecker

 

3) SIGNALCOUNT

Signalcount.com menawarkan konsep yang sama tetapi ia lebih banyak social media yang dikira olehnya. Selain daripada interface yang kurang menarik, fungsi lain adalah terbaik baginya.

signal count

 

Untuk lebih tools anda boleh terus google sahaja dengan menggunakan keyword "social signal checker" 

Diharapkan dengan perkongsian tools yang menarik akan menambahkan semangat anda untuk terus berjuang bagi memastikan laman web anda adalah yang terbaik berbanding pesaing anda.

 

Read 3817 times

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.